Panduan Pengguna
Cara Mengaktifkan SIM Card Eastel
Ikuti 9 langkah mudah ini untuk mengaktifkan SIM card Eastel anda secara digital — tiada perlu hadir ke kedai fizikal.
Sebelum bermula, sediakan:
- ✓SIM card Eastel fizikal (Simpack)
- ✓Telefon pintar dengan kamera
- ✓MyKad / Pasport asal (bukan salinan)
- ✓Sambungan internet / WiFi yang stabil
- ✓QR kod daripada ejen / upline anda
01
Muat turun aplikasi Eastel
Cari “Eastel” di Google Play Store (Android) atau App Store (iPhone) dan pasang aplikasi rasmi.
💡 Pastikan anda memuat turun aplikasi rasmi Eastel sahaja untuk mengelakkan aplikasi tiruan.
02
Get Started → Activate New SIM Card → Proceed
Buka aplikasi dan tekan Get Started. Pilih Activate New SIM Card untuk memulakan pendaftaran, kemudian tekan Proceed.
03
Imbas kod bar SIM card
Imbas kod bar yang tertera pada bingkai SIM card menggunakan kamera telefon, atau masukkan kod tersebut secara manual jika imbasan tidak berjaya.
04
Imbas QR kod Upline / Ejen anda
Imbas QR kod ejen atau upline yang membekalkan SIM card kepada anda, kemudian tekan Confirm & Next. Langkah ini memastikan pendaftaran anda direkodkan di bawah ejen yang betul.
💡 Belum ada QR kod? Hubungi ejen atau upline anda terlebih dahulu untuk dapatkannya.
05
Pilih nombor telefon baharu
Tekan Choose a New Number dan masukkan 4 digit terakhir pilihan anda, atau pilih terus daripada senarai nombor yang dicadangkan.
06
Pilih kaedah pengesahan identiti
Pilih kaedah pengesahan (cth. MyKad) dan lengkapkan maklumat yang diminta. Semak semula semua maklumat yang dipaparkan adalah tepat sebelum menekan Continue.
💡 Gunakan pencahayaan yang terang semasa mengimbas MyKad untuk elak sebarang gangguan bacaan.
07
Pengesahan wajah (face verification)
Tekan Scan Now dan ikut arahan pada skrin untuk pengesahan wajah / selfie liveness. Ini adalah syarat rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi setiap pendaftaran SIM prepaid.
08
Bersetuju terma & submit
Baca terma dan perisytiharan (declaration), tandakan kotak persetujuan, kemudian tekan Submit. Skrin akan memaparkan “Tahniah, SIM card Eastel anda telah berjaya diaktifkan” — tekan Okay untuk selesai.
09
Log masuk kali pertama
Masukkan SIM card ke dalam telefon anda. Buka aplikasi Eastel → Get Started → First Time Login. Anda akan menerima OTP melalui SMS — masukkan OTP tersebut dan tetapkan PIN log masuk baharu untuk mula menggunakan akaun Eastel anda.
⚠ Jangan kongsi kod OTP anda dengan sesiapa, termasuk pihak yang mendakwa sebagai wakil Eastel.
Kenali status SIM anda
Selepas aktif, ketahui kitaran hayat SIM supaya perkhidmatan anda tidak terganggu.
Active7 hari pertama — servis penuh (panggilan, SMS, data)
→
→
ExpiredNombor ditamatkan sepenuhnya
Masih ada masalah semasa aktivasi?
Hubungi ejen RejekiTelco anda atau sokongan rasmi Eastel untuk bantuan lanjut.
Nak kekalkan nombor lama anda?
Baca panduan Port In (MNP) untuk pindahkan nombor sedia ada ke Eastel tanpa perlu tukar nombor.